MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bengkel Ternakan Udang Kara dedah belia ceburi bidang agro ternakan

PULAU GADONG 4 Sep – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) dan Pertubuhan Dagangan Antarabangsa Udang Kara Air Malaysia (MIFTA) telah menganjurkan Bengkel Ternakan Udang Kara Air Tawar di Kompleks Pertanian, Pulau Gadong, Melaka.

Seramai 95 orang peserta terdiri daripada pelajar Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM), ahli gabungan MGBM dan ahli pertubuhan MIFTA telah menyertai bengkel ini yang dikendalikan oleh Encik Mohd Ashaari Mohd Amin dari 𝘊𝘳𝘢𝘺𝘧𝘪𝘴𝘩 𝘈𝘲𝘶𝘢 𝘝𝘦𝘯𝘵𝘶𝘳𝘦.

Pada sesi pagi, peserta diterangkan secara teori mengenai struktur pengurusan sama ada persediaan dan pengurusan untuk menceburi bidang ternakan udang kara air tawar ini.

Pada sesi petang pula, peserta dibawa melawat ke kolam ternakan udang kara air tawar. Para peserta berpeluang melihat secara dekat di samping dapat melihat sendiri anatomi udang ini seperti pengenalan jantina, organ dalaman, sistem pembiakan, pembenihan, penjagaan dan lain-lain.

Majlis Perasmian Penutup program ini telah disempurnakan oleh Encik Khairul Adri Dato Rosli, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.

Turut hadir sama YB. Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali, Presiden MGBM merangkap Ahli Dewan Negara, Sdr. Mohamad Iqmal Mahadi, Penolong Bendahari Kehormat MBM dan Encik Wan Mohd Rusydan Wan Ibrahim, Pegawai Pertanian Kuasa Usaha, Kompleks Pertanian Pulau Gadong, Melaka.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »