MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bengkel Permurnian Perlembagaan Pertubuhan Belia

Indonesia | 8-9 November -Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Bengkel Permurnian Perlembagaan Pertubuhan Belia bersama Majlis Belia Negeri (MBN) bertempat di M One Hotel dan Eskafe, Harbour Bay Terminal Batam.

Perbincangan Pemurnian Perlembagaan ini telah dipengerusikan oleh Sdr. Muhammad Fadzli Hasan; Pengerusi Tetap MBM. Hadir sama Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid ; Presiden MBM.

Bengkel ini amat penting dalam menyelaraskan pelembagaan setiap peringkat daripada peringkat MBM-MBN-MBD yang akhirnya akan melancarkan lagi proses pelan transisi had umur belia yang akan dilaksanakan pada 2026.

Bagi memastikan perlembagaan pertubuhan belia dapat digubal secara inklusif, kata sepakat daripada setiap pemimpin MBM dan MBN amat penting bagi membentuk suara kolektif dalam memudah cara proses permurnian terutama di peringkat akar umbi.

Turut dikongsikan adalah berkaitan program-program transisi yang telah diatur antaranya penglibatan MBM dan MBN di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan sekolah- sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menarik minat pelajar dalam menyertai pertubuhan belia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »