SEREMBAN 19 Disember – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah terlibat di dalam Bengkel Perancangan Projek Reben Kuning 2020 bertempat di Institut Kepimpinan dan Latihan, UiTM Bandar Enstek.
Bengkel ini diadakan bagi membincangkan pelaksanaan Projek Reben Kuning pada tahun 2020 serta hala tuju dan sasaranya. Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai beberapa kluster iaitu kemahiran, keusahawanan, kesedaran,kebolehpasaran, sukan, promosi dan publisiti yang merupakan fokus kepada projek tersebut. MBM telah terlibat di dalam kluster publisiti dan promosi Projek Reben Kuning 2020.
Selain itu, perbincangan juga menjurus kepada penambahbaikan program yang pernah dijalankan.
Sdr. Hazrul Hafizi Abd Halim, Exco MBM hadir mewakili MBM.