MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bengkel Pengukuhan Dokumen Garis Panduan mantapkan keberkesanan MPBN

KUALA LUMPUR 23 April – Bagi memantapkan keberkesanan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN), satu Bengkel Pengukuhan Dokumen Garis Panduan MPBN 2024 sedang berlangsung bermula hari ini sehingga 25 April 2024 bertempat di Days Hotel & Suites, Jalan Pudu di sini.

Bengkel anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negara ini bertujuan untuk melengkapkan dokumen garis panduan dokumen Operasi Prosidur Standard (SOP) sebagai rujukan pelaksanaan MPBN di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Dengan adanya garis panduan ini, ia dapat menjadi rujukan yang jelas bagi meningkatkan tahap kefungsian dan martabat MPBN sebagai medan konsultasi utama belia.

Hadir dalam bengkel ini Encik Mohd Uzaini Mohamad Sani, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Encik Mujahid Mohd Rahim, Cawangan Pembangunan Sosial, Jabatan Belia dan Sukan Negara.

MBM diwakili Sdri. Ng Chor Eng, Pengerusi Jawatankuasa Khas MPBN dan Parlimen Belia Malaysia; Sdr. Mohd Ismail Mahyuddin, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Khas MPBN dan Parlimen Belia Malaysia bersama Sekretariat MBM Dr. Syafiqah Abdul Rahim; Puan Bibi Zaleha Zurkiple dan Sdr. Mohd Syazwan Kamarul Bahrin.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »