SIK 27 Februari – Sdr. Jufitri Joha Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Sdr. Hasnul Haniff Harun Setiausaha Agung MBM telah hadir menyampaikan perkongsian kepada 100 orang pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sik dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sik. Kedah.
Hadir sama Ustaz Human Daud Penolong Kanan SMKA Sik. Pelbagai perkara dikongsikan, antaranya pendedahan terhadap laluan akademik dan kerjaya kepada pelajar setelah tamat pengajian peringkat STPM. MBM juga telah berkongsikan beberapa program yang boleh disertai oleh para pelajar antaranya kepimpinan, kesukarelaan dan sebagainya untuk dimanfaatkan.