IPOH 10 Dis – Dalam usaha memantapkan fungsi dan peranan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN), Jabatan Belia dan Sukan Negara telah mengadakan Bengkel Pemantapan MPBN Peringkat Negeri Perak bertempat di Hotel Casuarina Ipoh.

Bengkel ini disertai 70 orang peserta dari kepimpinan Majlis Belia Negeri Perak, Majlis Belia Daerah dan Pegawai Belia dan Sukan Negeri serta Daerah membincangkan secara tuntas berkenaan pelaksanaan MPBN yang efektif dan dimensi baru pembangunan belia.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Khairuddin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak.

Hadir sama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Encik Soufi Mohd Ibrahim dan Presiden Majlis Belia Negeri Perak, Sdr. Muhammad Puhaz Salleh.

Leave a Reply

Translate »