KUALA LUMPUR 11 Jan – Majlis Belia Malaysia (MBM) terus memperkukuh tadbir urus organisasi dengan menganjurkan Bengkel Pelaporan MBM 2025 melibatkan warga Sekretariat serta kepimpinan kanan MBM baru-baru ini.
Bengkel yang dipengerusikan Setiausaha Agung MBM ini, memberi tumpuan kepada pemantapan penyediaan pelaporan organisasi merangkumi laporan aktiviti, kewangan, Laporan 365 Hari MBM, impact report serta beberapa dokumen strategik lain yang menjadi rujukan utama hala tuju MBM.
Pendekatan bengkel yang bersifat interaktif ini bertujuan memastikan setiap laporan yang dihasilkan bukan sahaja bersifat dokumentasi, malah mencerminkan impak sebenar gerak kerja MBM kepada pembangunan belia di peringkat nasional.
Hasil dapatan dibentangkan kepada Presiden MBM yang turut menyampaikan amanat serta perancangan strategik gerak kerja MBM bagi tahun 2026 dan seterusnya.












