MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bengkel Modul Empowering Youth Movement (EYM)

SEREMBAN 23 Nov – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Bengkel Modul Empowering Youth Movement (EYM) bertempat di Corus Paradise Resort, Port Dickson di sini.

Program ini dirasmikan oleh Datuk Syed Osman, Naib Presiden MBM.

Penganjuran bengkel ini bertujuan untuk memperkasa modul kemahiran pemimpin muda pertubuhan belia dalam bidang pembangunan kendiri, kepimpinan, komunikasi, pengurusan organisasi dan pengurusan kewangan menerusi platform dalam talian.

Penyertaan terdiri daripada kepimpinan semasa dan mantan kepimpinan MBM, kepimpinan majlis belia negeri, Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »