MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bengkel Latihan Hak Asasi Manusia Geneva, Switzerland

Switzerland 21 Nov – Majlis Belia Malaysia diwakili oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Exco MBM hadir ke Bengkel Latihan Hak Asasi Manusia anjuran Centre for Human Rights Research & Advocacy di Geneva, Switzerland yang berlangsung dari 20 hingga 25 November 2017.

Bengkel ini adalah didalam usaha untuk memahami para peserta berkenaan Konvensyen Menentang Penyeksaan (Convention Against Torture) yang mana Malaysia dijadualkan akan menandatangani Konvensyen tersebut pada 2018.

Seramai 16 orang peserta terdiri daripada wakil NGO-NGO berkaitan hak asasi manusia dari Malaysia telah hadir dan diberi pendedahan, kesan dan tanggungjawab Malaysia didalam memenuhi Konvensyen berkenaan.

Turut dibincangkan ialah berkenaan Semakan Berkala Sejagat (Universal Periodical Review), iaitu proses semakan yang dijalankan oleh Majlis Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kepada semua negara ahli berkaitan status dan kedudukan hak asasi manusia negara masing-masing. Latihan yang diberikan termasuklah bagaimana NGO boleh terlibat didalam penyediaan cadangan dan rekomendasi untuk dibawa ke UPR.

MBM akan turut terlibat dalam UPR yang akan dijadualkan pada tahun 2018 dan memberi rekomendasi-rekomendasi khusus melibatkan kepentingan belia Malaysia.

 

 

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »