MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bengkel Khas Mohon Geran Antarabangsa

PETALING JAYA 9 Oktober – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Biro Pendidikan telah menganjurkan Bengkel Menulis Proposal untuk Geran Antarabangsa bertempat di premis Lokacipta@PJ.

Bengkel ini dikendalikan oleh YB Senator Yusmadi Yusoff, Pengerusi Kaukus Dewan Negara.

Beliau berkongsi pengalaman mengenai hal ehwal antarabangsa dan dasar awam yang boleh diambil peluang oleh pemimpin-pemimpin belia.

Banyak yayasan, syarikat yang menawarkan geran-geran yang selari dengan nilai murni sejagat. Cuma mereka meletakkan syarat ketat, pendokumentasian korporat, persembahan, kebolehukuran hasil program perlu dipatuhi.

Program ini turut dihadiri Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha dan Felo Penyelidik MBM, Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »