KUALA LUMPUR 5 Okt – Majlis Belia Malaysia (MBM) menerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan Pembangunan Bakat telah melaksanakan Bengkel Kemaskini Modul Transisi Tunas Madani 30 (TM30) Fasa 1 dan 2 yang dihadiri oleh barisan jawatankuasa dan trainer di Pusat Belia Antarabangsa di sini.
Bengkel selama tiga hari ini berjaya menghimpunkan idea, strategi dan komitmen untuk memastikan pelaksanaan TM30 Fasa 2 dan 3 lebih mantap dan berimpak tinggi buat belia Malaysia.
Sdr. Syahir Abdul Razak, Exco MBM merangkap timbalan pengerusi jawatankuasa dalam ucapan rumusannya mengingatkan kembali objektif asal program ini bertujuan memberdaya belia yang progresif, mempunyai jati diri dan berdaya saing.
“TM30 juga memperlihatkan kesediaan MBM dalam melatih belia bawah 30 tahun sebagai persiapan ke arah Akta Had Umur Belia sama ada berlaku atau sebaliknya”, ujar beliau.
Hadir sama dalam bengkel ini Naib Presiden MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Exco MBM, Sdri. Nuriffah Atiqah Ismail.
Terima kasih kepada semua yang terlibat. Tunas Madani 30 kini bersedia melangkah ke Fasa 2. Nantikan!






























