KUALA LUMPUR 25 Nov – Telah berlangsung Bengkel Garis Panduan Belia Membanteras Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran dan Alumni Parlimen Belia Malaysia.
Majlis Belia Malaysia (MBM) turut dijemput mengisi dua slot program ini. MBM mendokong usaha ini kerana ianya isu yang terkait dengan belia dan isu kemanusiaan. MBM diwakili Presidennya, Sdr. Jufitri Joha dan Naib Presiden Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.
Hasil bengkel bakal melahirkan buku garis panduan belia dalam membanteras isu ini.