KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu golongan belia sentiasa bersikap terbuka, positif serta berpendidikan tinggi supaya dapat membawa perubahan yang lebih baik kepada negara.
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata negara memerlukan belia yang lebih berani, bijak serta mempunyai semangat patriotik yang tinggi untuk membina negara pada masa hadapan.
“Kami mahu lihat belia sekarang lebih berani, lebih bijak, lebih patriotik dan lebih bersemangat berbanding kami dahulu. Demi Malaysia yang lebih baik, maju dan sejahtera pada masa hadapan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa Perpaduan Belia Malaysia anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) di sini hari ini.
Artikel penuh :
Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim bersama 250 tetamu yang terdiri daripada pemimpin belia, pemimpin agama, mantan kepimpinan belia, mahasiswa dan rakan strategik MBM.