MAJLIS BELIA MALAYSIA

Belia perlu benci rasuah – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perasaan benci terhadap gejala rasuah dan salah guna kuasa perlu ada dalam kalangan golongan belia di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelompok belia yang benci terhadap gejala rasuah amat diperlukan oleh negara ini.

“Rakyat yang merempat masih banyak, mutu pendidikan semuanya masih belum selesai, anak-anak muda di desa atau pedalaman yang belum mendapat pembelaan. Tumpu dalam soal-soal ini, bangunkan negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Malaysia ke-73, di ibu negara hari ini.

Tambah Anwar, beliau akan mempertahankan tindakannya untuk memerangi rasuah walaupun terus dikritik dan diserang.

“Ada orang mempunyai kekayaan luar negara berlimpah di bank-bank luar negara, saya kata bayarlah balik kepada rakyat, cukai, pendapatan kekayaannya yang melimpah,” ujarnya.

Beliau yakin dengan suara dan keupayaan golongan belia untuk menjamin masa depan negara.

Artikel penuh :

https://www.buletintv3.my/nasional/belia-perlu-benci-rasuah-pm-anwar/?fbclid=IwY2xjawH29fFleHRuA2FlbQIxMQABHROEoYuMVSTmcbJqDcdeUIpvkIWeYO2FGtw3yI0NM1qEAIIw1XXTlJMoyw_aem_bZkQ3IXIlj7d8lLmdvMnGA

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »