Bangi | 24 Oktober 2025 – Program Malaysian Youth & Korean Youth Interaction telah berlangsung dengan jayanya di Kolej Dar Al-Hikmah, Bangi.
Seramai 30 peserta daripada Malaysian Youth Hostel Association (MYHA), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan mahasiswa Kolej Dar Al-Hikmah telah menyertai program ini bersama 8 delegasi daripada Korean Youth Work Agency (KYWA).
Program yang diselaraskan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) ini bertujuan memperkukuh hubungan dua hala serta memupuk pertukaran budaya antara belia Malaysia dan Korea.
Antara pengisian menarik ialah aktiviti berasaskan fizikal dan permainan tradisional kedua-dua negara seperti Mugunghwa Flower Has Bloomed dan pelbagai permainan yang menguji kerjasama peserta.
Program ini menjadi platform penting dalam mengukuhkan jaringan persahabatan dan memahami keunikan budaya antara dua negara.

















