MAJLIS BELIA MALAYSIA

Belia Jepun serang Lonek

JEMPOL 11 Sept. – Apabila dua budaya bertembung, mesejnya adalah satu, iaitu penyatuan dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Hal inilah yang membuatkan program pertukaran belia antara belia Negeri Sembilan dengan belia Tochigi-Ken Seinan Kaikan Foundation (TSKF) dari Jepun, menjadi lebih bermakna selepas kedua-dua pihak saling mengeratkan hubungan serta memahami budaya masing-masing.

Presiden Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan (MBNNS), Wan Salwati Abdullah memberitahu, program yang dilakukan itu merupakan peluang dan pendedahan kepada belia negeri ini untuk mengenali lebih dekat budaya, adat dan cara interaksi belia dari Jepun.

“Tahun lalu, beberapa wakil belia MBNNS telah berkunjung ke negara itu dalam program pertukaran belia dan pada waktu itu, kita telah belajar banyak perkara khususnya berkaitan budaya dan adat resam mereka.

“Pada kali ini, belia Jepun pula datang ke sini kerana mereka mahu melihat sendiri cara kehidupan masyarakat di kampung tradisional dan pada masa yang sama, merakamkan detik itu untuk diberi penerangan kepada belia di negara mereka kelak,” katanya kepada Utusan Malaysia di Inap Desa Lonek, dekat sini hari ini.

Katanya, belia Jepun itu berada di negara ini kira-kira seminggu dan antara lokasi dikunjungi adalah di Negeri Sembilan.

“Mereka datang seramai 10 orang dan dibawa merasai kehidupan masyarakat di sini, selain didedahkan dengan aktiviti bersama penduduk.

“Belia Jepun yang datang ini berusia 19 hingga 53 tahun (pe-mimpin) dan berlatar belakang sebagai pekebun, pelajar dan ada juga suri rumah. Mereka dibawa melawat kawasan menarik di Se-remban dan tinggal dengan keluarga angkat di sini,” katanya.

Lebih menarik ada dalam kalangan mereka tinggal bersama keluarga angkat seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Datuk Abd. Samad Ibrahim dan ADUN Klawang, Datuk Yunus Rahmat.

“Kita membawa mereka ke Lonek ini supaya dapat menjalani aktiviti bersama penduduk. Mereka nyata begitu seronok kerana diajar cara kehidupan masyarakat, selain diajar bertutur dengan dialek Negeri Sembilan,” kata Wan Salwati.

Paling menarik katanya, belia Jepun ini berpeluang mencuba cara menoreh getah, membuat kraftangan, melawat ternakan le-bah kelulut, mengacau dodol serta mengem-ping padi.

“Turut diadakan pelbagai sukan rakyat se-perti tarik upih, boling kelapa, ‘semakin jauh semakin sayang’, ‘mengoca ikan’ serta melawat Teratak Za’aba.

Tambah Wan Salwati, pada sesi malam, belia Jepun diberi peluang menonton persembahan ‘bongai’ dan diperdengarkan nyanyian lagu orang ‘noghoghi’,” jelasnya.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »