MAJLIS BELIA MALAYSIA

AYF Terus Jadi Platform Kerjasama dan Pertumbuhan Serantau

SINGAPURA 14 Nov – Pada 7 hingga 14 November lalu telah berlangsung ASEAN Youth Fellowship (AYF) 2025 edisi ke-7 anjuran National Youth Council of Singapore dan Singapore International Foundation bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan” — menggariskan komitmen bersama terhadap kepimpinan inklusif, pembangunan mampan dan saksama di seluruh ASEAN.

Dr. Loshseni Gunasegaran, Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Belia Malaysia (MBM) telah hadir mewakili MBM ke program ini.

Sepanjang 7 hari di Singapura dan Kuala Lumpur, para peserta berpeluang berinteraksi dengan pembuat dasar, pemikir strategik dan pakar industri yang dengan berbesar hati berkongsi masa serta pandangan mereka.

Sumbangan ini mengukuhkan lagi program dan memperdalam pemahaman para peserta mengenai isu-isu keutamaan yang membentuk masa depan ASEAN pembangunan mampan, transformasi digital, pertumbuhan inklusif dan ketahanan iklim.

AYF 2025 menekankan kepimpinan kolektif, jaringan serantau dan kerjasama antara komuniti landasan penting dalam membina ASEAN yang lebih bersatu, inklusif dan progresif.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »