Kunjung hormat JBSN-MBM kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur bincang Sambutan HBN25 di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 15 Jan – Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Khairul Azman Abdul Azeez turut sama dalam kunjungan hormat Jabatan Belia dan Sukan Negara kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd Sharif di Menara DBKL di sini Delegasi ini diketuai Dr. Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan […]
ACTnow tawar MBM jayakan kempen kesedaran mengenai jenayah ‘scammer’

KUALA LUMPUR 15 Jan – Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah menerima kunjungan Encik Melvin Lam, Ketua Pegawai Eksekutif ACTnow di Wisma MBM. Pertemuan bagi membincangkan ruang kerjasama bagi menjayakan kempen kesedaran mengenai jenayah ‘scammer’ kepada masyarakat khususnya generasi muda melalui siri-siri hebahan umum, ceramah, jelajah dan lain-lain. ACTnow merupakan […]
MBM rakam ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri

Majlis Belia Malaysia (MBM) merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas penyempurnaan perasmian Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) MBM kali ke-73 di Kuala Lumpur baru-baru ini. Kehadiran YAB Perdana Menteri bersama hampir 500 hadirin yang terdiri daripada perwakilan kepimpinan pertubuhan belia seluruh negara dan tetamu kehormat penting […]
Mesyuarat penyelarasan ToT bagi program Tunas Madani: Transisi Kepimpinan Belia 2025

DALAM TALIAN 12 Jan – Mesyuarat Penyelarasan Training of Trainer (ToT) bagi program Tunas Madani: Transisi Kepimpinan Belia 2025 telah diadakan secara dalam talian. Seramai 10 orang Master of Trainer telah mengikuti mesyuarat ini bagi membincangkan gerak kerja program ini yang dijangka akan diadakan sepanjang tahun 2025 secara 3 fasa. Program anjuran Majlis Belia Malaysia […]