Jalur Gemilang terbalik: Sebarang alasan tak boleh diterima sama sekali -MBM

KUALA LUMPUR – Siasatan terhadap insiden negatif membabitkan Jalur Gemilang kali ini mesti dilakukan dengan lebih keras, menyeluruh dan tanpa kompromi. Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam kenyataan berkata, perbuatan biadab sebegitu bukan sahaja mencemar sambutan kemerdekaan, malah menconteng arang kepada perjuangan nenek moyang yang mengorbankan darah dan nyawa demi kemerdekaan negara. Insiden seumpama itu juga […]
TM30 Siri 6: Dedah Potensi Belia Sarawak, Sedia Pikul Tanggungjawab Kepimpinan

LUNDU 10 Ogos — Program Tunas Madani 30: Transisi Kepimpinan Belia edisi ke-6 telah melabuhkan tirai dengan jayanya di Pusat Latihan Kenegaraan Sampadi. YB Shafiee Ahmad, Setiausaha Agung SABERKAS hadir menyantuni dan menutup program yang dipenuhi dengan semangat perpaduan ini. Seramai 95 peserta dan 7 tenaga pengajar (trainer) telah menjayakan program selama tiga hari ini. […]
Pertemuan MBM-PERKEPIS: Eratkan Silaturrahim, Kukuhkan Kerjasama

KUALA LUMPUR 7 Ogos – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini menerima kunjungan hormat daripada kepimpinan Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) bertempat di Wisma MBM, Kuala Lumpur. Pertemuan julung kali ini diketuai Sdr. Azzimiziee Din, Timbalan Yang dipertua PERKEPIS membuka lembaran baharu dalam usaha memperkukuh jalinan silaturrahim dan kerjasama strategik khususnya dalam agenda […]
MBM : Kembali ke Meja Rundingan MPBN. Laksana Had Umur Berperingkat. Perkukuhkan Belia

Majlis Belia Malaysia (MBM) ingin mengambil peluang untuk menjelaskan kemelut cadangan pelaksanaan had umur belia ditetapkan kepada bawah 30 tahun berkuat kuasa 1 Januari 2026. Walaupun ianya sudah dinyatakan dengan jelas oleh Presiden MBM sewaktu ucapan dasar dan penggulungan dalam Sidang Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang 1 Penggal ke-35 sesi 2025-2026 Julai lalu, namun […]