MAJLIS BELIA MALAYSIA

KUNJUNGAN MBM BERKONGSI PANDANGAN KEPADA PEGAWAI KHAS MENTERI MOA

Putrajaya| 9 Julai- Sdr. Abdul Hafeez Pengerusi Pertanian Industri Asas Tani Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan kepada En. Farhan, Pegawai Khas Kepada YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee Menteri Pertanian dan Industri Makanan Malaysia bertempat di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia (MOA). Kunjungan diadakan bagi membina hubungan serta menyampaikan hasrat belia akar […]

MAJLIS DIALOG MBM BERSAMA PIMPINAN MBN PULAU PINANG DAN MBD

PERMATANG PAUH 18 Julai – Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri majlis dialog bersama pimpinan Majlis Belia Negeri Pulau Pinang (MBNPP) dan pimpinan Majlis-Majlis Belia Daerah (MBD). Presiden MBM dalam ucapannya mengingatkan pimpinan belia yang hadir tentang peranan mereka sebagai pengurus – fasilitator – konsultan – agen perubah – penyelesai masalah dan penyambung sumber. Turut dibincangkan […]

SESI RAMAH MESRA BERSAMA PIMPINAN DAN AHLI BELIA MBD KERIAN

KERIAN 18 Julai – Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan sesi ramah mesra dan minum petang bersama kepimpinan dan ahli belia Majlis Belia Daerah (MBD) Kerian. Presiden MBM sempat menyampaikan ucapan dan berkongsi maklumat semasa perkembangan MBM dan gerakan belia. Hadir sama Sdr. Hasanuddin Hariffuddin, Presiden Majlis Belia Negeri Perak dan Sdr. Ahmad Shah […]

LAWATAN MBM KE TAPAK PENGHASILAN MADU KELULUT DIUSAHAKAN MBD SELAMA

SELAMA 18 Julai – Seusai majlis di Masjid Rantau Panjang, pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) sempat singgah ke tapak penghasilan madu kelulut yang dimudahcarakan oleh Majlis Belia Daerah (MBD) Selama. Rombongan MBM juga mengambil peluang beramah mesra dengan pimpinan MBD Selama dan belia setempat yang dipengerusikan oleh Sdr. Anuar Darus.

Translate »