MBM sertai Persidangan The 5th ASEAN-CHINA-UNDP Symposium secara dalam talian

KUALA LUMPUR 8 April – Exco Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali telah menyertai Persidangan The 5th ASEAN-CHINA-UNDP Symposium: Enhancing the Roles of Youth In Achieving The SDGs secara dalam talian.
Perbincangan kerjasama penganjuran Konvensyen Majlis Belia Daerah 2021 (KMbd21)

IPOH 8 April – Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai ramah mesra dan makan malam bersama kepimpinan Majlis Belia Negeri Perak yang diterajui Sdr. Aswanuddin Harifuddin dan Majlis Belia Daerah Perak Tengah yang diterajui Sdr. Ben sambil berbincang kerjasama penganjuran Konvensyen Majlis Belia Daerah 2021 (KMbd21). MBM diwakili Presidennya, Sdr. Jufitri Joha dan Setiausaha […]
Selamat maju jaya calon-calon Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 3

CHERAS 6 April – Penolong Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdri. ‘Atiqah Syairah Shaharuddin telah menjadi salah seorang panel penemuduga untuk program Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 3 yang berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan secara dalam talian. MBM mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon bagi sesi kali ini.
Kunjungan Global Livestock Services bincang peluang perniagaan di kalangan belia

KUALA LUMPUR 6 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan dari Global Livestock Services yang diketuai oleh Mr. Mick Watson, Ketua Pegawai Eksekutif. Turut sama Mr. Graham McCelland, Pengarah Eksekutif dan Puan Hazleenda Mohd Nor, Eksekutif Jualan dan Pemasaran. Kunjungan disambut oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM, Datuk Syed Osman, Exco […]