MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM terima kunjungan PESEPSI

KUALA LUMPUR 20 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan daripada Persatuan Mahasiswa Sejarah, Politik dan Strategi (PESEPSI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi membincangkan kerjasama dalam menjayakan program Simposium Belia SDG 2022. Menurut Sdr. Syahmi yang mengetuai kunjungan ini, pihak PESEPSI berhasrat untuk menjemput wakil daripada MBM sebagai ahli panel bagi menerangkan kepada […]

Mesyuarat Team Penerangan, Penerbitan dan Media MBM sesi 2022-2024

KUALA LUMPUR 19 April – Telah berlangsung Mesyuarat Team Penerangan, Penerbitan dan Media Majlis Belia Malaysia (MBM) dipengerusikan oleh Ketua Penerangan MBM, Sdr. Mohamad Fazril Mohd Saleh. Mesyuarat santai ini membincangkan perancangan dan gerak kerja biro dalam masa terdekat dan akan datang. Mesyuarat berakhir dengan majlis berbuka puasa anjuran Majlis Belia Negeri Selangor. Hadir sama […]

Pertemuan Presiden MBM bersama Menteri Luar Negeri

PUTRAJAYA 18 April – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah mengadakan pertemuan bersama Menteri Luar Negeri, YB Datuk Sri Saifuddin Abdullah di Wisma Putra. Pertemuan turut membincangkan halatuju MBM di bawah kepimpinan Presiden MBM dan ahli jawatankuasa sesi 2022-2024. Turut hadir bersama Mantan Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha.

Pelantikan 13 orang belia Youth Taskforce on Foreign Affairs and Diplomacy (MBM-KLN)

PUTRAJAYA 18 April – Seramai 13 orang belia dari pelbagai pertubuhan dan latar belakang telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa Jawatankuasa Belia Hal Ehwal Antarabangsa dan Diplomasi dalam Majlis Pelantikan Jawatankuasa Belia Hal Ehwal Antarabangsa dan Diplomasi (Youth Taskforce on Foreign Affairs and Diplomacy) MBM-KLN. Turut berlangsung mesyuarat pertama jawatankuasa yang dipengerusikan oleh YB Datuk Seri […]

Translate »