13 Mei wajar diingati sebagai pengajaran kepada generasi muda

KUALA LUMPUR 13 Mei – Tarikh 13 Mei wajar diingati sebagai pengajaran kepada generasi muda hari ini bahawa perpaduan dan keharmonian merupakan tunjang kekuatan negara kita. Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Presiden Gerakan Belia Bersatu Malaysia, Sdr. Wong Kam Loon hadir sebagai tetamu di program bual bicara ‘Darah Muda’ […]
Mesyuarat penyelarasan rakan kerjasama Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu (PAMM) 2022

DALAM TALIAN 13 Mei – Majlis Belia Malaysia (MBM) selaku rakan kerjasama akan membantu menjayakan pelaksanaan Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu (PAMM) 2022 anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) tidak lama lagi. Mesyuarat dalam talian ini telah dihadiri oleh Sdr. Mohd Fauzi Fadzil, Exco MBM.
Mesyuarat Biro Hari dan Minggu Belia Negara MBM

KUALA LUMPUR 12 Mei – Jawatankuasa Tetap Hari dan Minggu Belia Negara (HMBN) Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan mesyuarat kali pertamanya di Wisma MBM. Mesyuarat dipengerusikan oleh Sdr. Mohd Fairos Rusli Timbalan Presiden MBM merangkap Pengerusi jawatankuasa HMBN. Antara perkara dibincangkan adalah mengenai penyelarasan di peringkat MBM dan gerak kerja jawatankuasa terhadap sambutan Hari […]
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Persidangan Parlimen Belia Malaysia

PUTRAJAYA 12 Mei – Majlis Belia Malaysia (MBM) diwakili oleh Sdri. Ng Chor Eng, Exco MBM telah menyertai Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Persidangan Parlimen Belia Malaysia yang berlangsung secara fizikal dan virtual. Hadir ke Menara KBS ialah Sdr. Mohd Ismail Mahyuddin, Exco MBM manakala Sdri. Jessy Ng Chor Eng menerusi aplikasi Zoom. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh […]