Pertemuan Penolong Ketua Penerangan MBM bersama Presiden MBN Perak

IPOH 18 Mei – Penolong Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin telah mengadakan pertemuan bersama Presiden Majlis Belia Negeri Perak, Sdr. Puhaz Saleh bertempat di pejabat MBN Perak. Pertemuan ini membincangkan pelbagai isu dan kerjasama program belia. Turut sama dalam pertemuan ini Sdr. Anathan Subramaniam, Presiden Majlis Belia Hindu Malaysia.
Pimpinan belia Malaysia hadiri program Silaturahim Da’i Se Provinsi Kalimantan Barat dan Negara Jiran

KALIMANTAN 15 Mei – Delegasi Majlis Belia Malaysia (MBM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah dijemput untuk bersama-sama di dalam Program Silaturrahim Se Provinsi Kalimantan Barat dan Negeri Jiran melalui tema Sinergi Membangun Bangsa Dengan Dakwah. Program ini berlangsung dari 15 hingga 17 Mei 2022 di Kalimantan Barat, […]
Kukuhkan budaya perkongsian belia dan dewasa, hentikan tokenisme

15 MEI setiap tahun telah di lihat sebagai hari penting kepada negara dalam konteks mengiktiraf bakat dan potensi belia. Bahkan, sejak akhir-akhir ini lanskap politik negara juga semakin memberi pengiktirafan kepada golongan belia namun hakikatnya masih banyak sektor pembangunan di negara ini masih belum mesra kepada penglibatan belia khususnya dalam sektor pekerjaan. Ramai orang dewasa atau […]
Presiden MBM hadiri MPAT MGBM kali ke-39 dan Jamuan Aidilfitri 2022

AYER KEROH 14 Mei – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Mohd Izzat Afifi Abd Hamid telah menghadiri Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) kali ke-39 & Jamuan Aidilfitri 2022 bertempat di Amverton Heritage Resort. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Tuan Shanmugam Shan, Exco Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO Negeri Melaka. Tahniah […]