Malaysia perlu juarai usaha reformasi di PBB: MBM

SHAH ALAM – Malaysia seharusnya boleh terus menjadi juara terhadap usaha mereformasi institusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid. Beliau berkata, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkaitan keperluan menghapuskan amalan undi veto dalam PBB bukan sahaja mewakili Malaysia, malah aspirasi majoriti anggota organisasi itu. […]
MBM-Institut Kong Zi anjur kelas belajar bahasa Mandarin untuk belia

KUALA LUMPUR 14 Sep – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun hari ini telah mengadakan lawatan ke Institut Kong Zi bertempat di Universiti Malaya. Institut ini merupakan sebahagian daripada rangkaian CI global yang ditubuhkan oleh Hanban (Beijing) dan Universiti Pengajian Asing Beijing (BFSU). Pelancaran rasmi institut ini berlangsung pada 1 November […]
Presiden MBM di Forum Polemik Rasuah Masa Depan

PUTRAJAYA 13 Sep – “Kembalikan rasa malu untuk mengambil dan memberi rasuah, dan hentikan mengagungkan kekayaan sebagai lambang kebahagiaan, sudah pasti rasuah dapat dikurangkan”, ujar Mohd Izzat Afifi, Presiden MBM. Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis Forum Polemik Rasuah Masa Depan anjuran Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) bertempat di PICC Putrajaya. Forum ini […]
Pertemuan MBM-Belia Mahir dengan Malaysia Productivity Corporation (MPC)

PETALING JAYA 12 Sep – Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Projek Belia Mahir telah mengadakan pertemuan dengan Malaysia Productivity Corporation (MPC) bertempat di Petaling Jaya. Director Organisational Excellence Development MPC, Puan Saliza Saari menyambut kunjungan ini seterusnya memberi taklimat berkaitan MPC. Pertemuan ini bertujuan mengintai ruang-ruang kerjasama dalam membantu golongan graduan di kalangan belia yang […]