MAJLIS BELIA MALAYSIA

GBBM jayakan Segmen Rakan Aktif sempena HBN 2024

BANDA HILIR 26 Mei – Presiden Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM), Sdr. Aluyis Lim 林順斌 bersama ahli-ahli Kelab Senamrobik GBBM bersenam Aerobicton di Pentas Rakan Aktif. Mereka juga turut mencuba sukan memanjat dinding (wall climbing) buatan yang merupakan aktiviti yang mengujakan dan mencabar. Sempena Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan kali ini, GBBM antara gabungan Majlis […]

Kumpulan Hantar Pulang dinobat juara Pertandingan ‘Mobile Legends’ Piala Presiden MBM

BANDA HILIR 26 Mei – Pertandingan e-games Mobile Legends Piala Presiden MBM Peringkat Kebangsaan berakhir hari ini dengan kejayaan kumpulan Hantar Pulang dinobat sebagai juara pada edisi kali ini dan membawa pulang wang tunai RM2,000. Tempat kedua dimenangi kumpulan Vampire X Esports dengan hadiah RM1,500 dan tempat ketiga pula menjadi milik kumpulan G13 Squad Guard […]

Pertandingan Pidato HBN2024 cungkil bakat anak muda berhujah

BANDA HILIR 26 Mei – Tahniah kepada semua pemenang Pertandingan Pidato Akhir Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Hari Belia Negara 2024 yang berlangsung di restoran Waronk, Banda Hilir. Pidato ini bertemakan “Perpaduan Belia Keharmonian Negara”. Program di bawah kelolaan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) ini menampilkan pemidato anak muda berbakat yang boleh digilap lagi potensi mereka […]

Festival Pengembara Muda @HBN2024 promosi pelancongan belia

BANDA HILIR 26 Mei – ‘Festival Pengembara Muda 2024’ @ Young Traveller Fest yang diadakan sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan 2024 telah dilancarkan oleh YB Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri Melaka bertempat di Banda Hilir. Turut hadir Pengurus Besar Menara Taming Sari, Encik Nasrul Bin Ahmad, […]

Translate »