MAJLIS BELIA MALAYSIA

Program Dialog dan Bengkel Pembudayaan Integriti dari Perspektif Pelbagai Agama

Kuala Lumpur 21 Disember – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Khas Perpaduan dan Integrasi Nasional bersama Institut Integriti Malaysia telah menganjurkan Program Dialog dan Bengkel Pembudayaan Integriti dari Perspektif Pelbagai Agama pada 19 Disember 2015 bertempat di Dewan Murni Institut Integriti Malaysia Kuala Lumpur yang dihadiri seramai 100 orang. Program ini bertujuan mewujudkan kesedaran masyarakat […]

MBM Menerima Kunjungan Junior Chamber International

Kuala Lumpur 17 Disember – Majlis Belia Malaysia menerima kunjungan dari Junior Chamber International seramai 20 orang. Kunjungan ini disambut oleh Setiausaha Agung MBM Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Ketua Penerangan MBM Sdr. Rizan Hassan dan Exco MBM Sdr. Hasnul Haniff. Sesi kunjungan ini dimulakan dengan sesi suai kenal,  tayangan video pengenalan dan aktiviti JCI serta […]

MBM dekati mangsa banjir Meru melalui program MyVOC

Meru 16 Disember – YB Dato’ Seri Shahidan Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri menghargai khidmat dan gerak kerja yang di lakukan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) menerusi program Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia (MyVOC). Penghargaan tersebut diucapkan kepada Setiausaha Agung MBM Sdra. Ahmad Saparudin Yusup sewaktu lawatan mengejut beliau ke Pusat Pemindahan Banjir SMK […]

Perlawanan Bola Sepak Persahabatan MBM Dan KBS

Kuala Lumpur 12 Disember – Kehangatan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah dan Selangor turut dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia. Bagi memeriahkan lagi suasana perlawanan akhir tersebut, Majlis Belia Malaysia (MBM)  telah menganjurkan perlawanan bola sepak persahabatan di antara pasukan MBM dan Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) yang bertempat di SMK Persint 18(1) Putrajaya. Perlawanan […]

Translate »