Melaka | 24 Oktober – Telah berlangsungnya “ASEAN Youth and Heritage Forum” yang dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Kementerian Pelancong, Seni dan Budaya serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertempat di Nobel Resort Hotel Melaka.
Ucaptama forum tersebut telah disampaikan oleh Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz, Pengerusi IDEAS.
Hadir menyampaikan ucapan pembukaan Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden merangkap Pengerusi Jawatankuasa Antarabangsa MBM.
Sesi pertama pertama berkaitan “Youth and Heritage: Our Future” disampaikan Encik Adrian Leong Tiam Ee; Timbalan Setiausaha Antarabangsa Bahagian Perhubungan
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, H.E. Ms. Sroy Socheath; Ketua Pengarah Belia, Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan Kemboja dan YB Khaidirah Abu Zahar; Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM).
Manakala, bagi sesi kedua pembentangan disampaikan oleh wakil dari anggota negara – negara ASEAN seperti Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Timor-Leste.
Sesi ketiga berkaitan “FAITH-fully ASEAN: Maintaining Interfaith Harmony” bersama panel, Encik Jonathan Jesudas Pastor, Tamil Methodist Church Seremban, Sdri Astrid Nadya Rizqita; Presiden Pemuda OIC Indonesia dan Sdr. Eow Shiang Yeng; Exco Majlis Belia Malaysia merangkap Setiausaha Agung Persatuan Belia Buddha.
Perbentangan berkaitan “Reimagine ASEAN 2045” telah disampaikan oleh Dato’ Mohd Suhaimi Jaafar ; Timbalan Setiausaha pasukan petugas peringkat tinggi bagi Kementerian Luar Negeri ASEAN Komuniti Malaysia.
Forum berakhir dengan ucapan daripada YBhg. Mohd Zaidi Aziz ; Setiausaha Agung Jawatankuasa Kerjasama Belia ASEAN dan Ucapan Penutup disampaikan oleh YB Adam Adli Abd Halim ; Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia melalui rakaman video.
Seramai 250 orang peserta yang terdiri daripada delegasi Malaysia International Youth Exchange 2024 (MIYE) , wakil pertubuhan belia dan mahasiswa telah bersama dalam forum ini.
Melalui penganjuran ini juga, ia turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Perhutanan Perhutanan Semenanjung, UTeM, Pusat Belia Antarabangsa (IYC) , Kerajaan Negeri Melaka, Chery Malaysia dan Belia Mahir.