MAJLIS BELIA MALAYSIA

ASEAN-Malaysia Business Forum 2024

KUALA LUMPUR 9 Dis – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid telah menghadiri program ASEAN-Malaysia Business Forum 2024 (AMBF) yang berlangsung di Dewan Perdana, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Program ini dianjurkan Bahagian Perumahan dan Penempatan (BPP) UPM dengan kerjasama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Ini merupakan acara bersejarah kerana Malaysia menjadi tuan rumah forum perniagaan tertumpu ASEAN buat pertama kalinya menjelang kepengerusian Malaysia bagi ASEAN 2025!

Platform ini memberi peluang interaksi dengan pemimpin serantau, pakar industri dan penggubal dasar untuk membentuk masa depan kerjasama ASEAN dan pertumbuhan ekonomi.

Let’s build a stronger ASEAN together!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »