MAJLIS BELIA MALAYSIA

All About Girls-Rakan Muda Gilap Pemimpin Beliawanis Masa Depan

JELEBU 5 Oktober – Suara dan semangat beliawanis semakin menyerlah melalui Program All About Girls (AAG) Rakan Muda Siri 1 anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) di bawah inisiatif Rakan Muda: Rakan Prihatin.

Berlangsung selama 3 hari 2 malam di Homestay Bukit Batu Sawa Jelebu, program ini mengangkat tema transisi kepimpinan beliawanis dengan pelbagai pengisian menarik — antaranya sesi kesihatan wanita bersama Pusat Kesihatan Daerah Jelebu, perkongsian PDRM mengenai hak wanita dan jenayah seksual, aktiviti vision board, zine making, serta team building yang membina keyakinan dan empati.

Turut memberi inspirasi ialah Naib Presiden MBM, Sdri. Siti Nor Hasyyati Abd Rahman melalui sesi bertajuk “Nilai-Nilai Kepimpinan Wanita” mencetus semangat peserta untuk menjadi pemimpin yang berwawasan dan berjiwa prihatin.

Program ini turut dihadiri oleh Penolong Setiausaha Agung MBM, Sdri. Jessy Ng Chor Eng dan Exco MBM, Dr. Loshseni Gunasegaran.

AAG Rakan Muda – melahirkan wanita muda yang yakin, peduli dan berdaya saing demi masa depan bangsa!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »