MAJLIS BELIA MALAYSIA

Akademi Bateriku Platform Baharu Pembangunan Bakat Belia

SHAH ALAM 8 April – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai sesi lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Bateriku.com bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang serta Presiden Majlis Belia Negeri Pahang.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan menyeluruh berkaitan ekosistem operasi Bateriku.com, khususnya dalam aspek pembangunan bakat, latihan kemahiran serta peluang kerjaya dalam industri automotif dan mobiliti.

Sepanjang lawatan, delegasi turut didedahkan kepada peranan Akademi Bateriku sebagai platform latihan yang berpotensi besar dalam melahirkan tenaga kerja mahir dan berdaya saing dalam kalangan belia.

MBM melihat lawatan ini sebagai satu langkah awal ke arah menjalin kerjasama strategik bersama pihak industri, khususnya dalam memperkasa program pembangunan belia, latihan kemahiran serta inisiatif peningkatan kebolehpasaran anak muda.

Kerjasama ini diharapkan mampu membuka lebih banyak peluang kepada belia Malaysia untuk meneroka bidang automotif serta memperkukuh laluan kerjaya masa depan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »