KUALA LUMPUR 15 Jan – Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah menerima kunjungan Encik Melvin Lam, Ketua Pegawai Eksekutif ACTnow di Wisma MBM.
Pertemuan bagi membincangkan ruang kerjasama bagi menjayakan kempen kesedaran mengenai jenayah ‘scammer’ kepada masyarakat khususnya generasi muda melalui siri-siri hebahan umum, ceramah, jelajah dan lain-lain.
ACTnow merupakan sebuah organisasi NGO yang berasaskan ‘khidmat masyarakat’.