Pelantikan ini menyaksikan Jufitri menjadi pemimpin ABIM kedua yang dipilih selaku Presiden MBM selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Jufitri merupakan Naib Presiden ABIM Pusat, manakala Haniff ialah Exco ABIM Pusat.

Mereka telah bergiat aktif di dalam dunia kebeliaan dan kesukarelaan, semenjak terlibat dalam Kelab Intelektual Muda (IYC) serta Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), ketika menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Lebih bermakna, pemilihan dibuat menjelang penganjuran Seminar Kebangsaan: Visi Islam dalam Malaysia Baharu yang dijalankan sempena Muktamar Sanawi ABIM kali ke-47, di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai dari 19 hingga 21 Oktober ini.

“Sesungguhnya, dalam menongkah arus Revolusi Industri 4.0 dewasa ini, dinamika kepemudaan memainkan peranan yang sangat signifikan dalam pemerkasaan sumber daya manusia di negara kita.

“Golongan belia selaku pemegang taruh dalam pembangunan negara, seharusnya dinantikan penglibatannya dalam memberikan berbagai solusi cerdas untuk memecahkan berbagai permasalahan-permasalahan seperti masalah kemiskinan, pendidikan, kesenjangan selain mendukung pembangunan yang prorakyat,” ujar Mohamad Raimi.

Tambah beliau, ABIM mendoakan semoga Jufitri dan Haniff serta seluruh barisan pimpinan MBM dapat memberikan yang terbaik, dalam membalas kepercayaan yang telah diberikan oleh para perwakilan.

Belia bertindak demi kebenaran dan keadilan – – jayalah belia Malaysia!