MAJLIS BELIA MALAYSIA

ABIM Buka Kaunter Pemeriksaan Kesihatan di Kg Orang Asli

3 Januari 2014 – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bergerak ke Kg Paya Sulong, Kuala Krau, Temerloh, Pahang bagi menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada 100 keluarga orang asli di kampung tersebut.

Skuad misi kali ini juga membuka kaunter perkhidmatan pemeriksaan kesihatan bagi membendung sebarang penyakit bawaan banjir dari merebak.

Rombongan ini disertai oleh Pn. Fadhlina Sidek (Naib Presiden ABIM), Pn. Maria Kamel dan Dr. Shahrizal Azwan (Exco ABIM).

Turut terlibat ialah sukarelawan ABIM yang bertungkus lumus membersih dan mencuci rumah warga emas yang terjejas teruk.

1 2 3 4 5 6 7 9 10 11 unnamed

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »