8 Januari 2015 – 80 sukarelawan Sahabat MBM dari Negeri Sembilan dan Pahang telah memantu dengan kerja-kerja pembersihan di Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Sentang melibatkan bangunan asrama pelajar lelaki dan perempuan dan dewan makan yang terjejas teruk akibat banjir. Misi diketuai oleh Sdr. Azizan Saad, Setiausaha Agung MBN Sembilan.
Pengetua sekolah terbabit, Puan Faridah mengucapkan terima kasih atas kehadiran sukarelawan dan menjangkakan pelajar-pelajar boleh mula memasuki asrama pada hujung minggu ini.