MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM anjur forum celik ASEAN di Perak

Perak, 27 September 2014 – Bertempat di Dewan Institut Pendidikan Guru Ipoh, seramai 100 orang belia telah menyertai Forum yang diadakan anjuran Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Perak. Panel yang terlibat ialah i) Prof Madya Dr Jastwan Singh, Universiti Malaya (Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN), ii) En Mohd Firdaus b Mohd Ali, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Komuniti Ekonomi ASEAN), dan iii) Sdr Hasnul Fairuz b Hushin Amri, Majlis Belia Malaysia (Cabaran, Prospek & Persediaan Belia Malaysia).

Menerusi sudut pandang politik dan keselamatan, kepentingan komuniti ASEAN ini ialah untuk membentuk sebuah rantau yang demokrasi dan harmoni selain merapatkan jurang antara negara bagi mencapai keadilan sosial, hak asasi manusia dan keselamatan insan disamping meningkatkan daya saing dan kerjasama negara. Ekonomi – Pelan tindakan dan pelaksanaan sejak tahun 2008 ke arah Negara-negara ASEAN yang membangun bersama-sama dengan integrasi ekonomi dan ekonomi rantau yang berdaya saing melalui pelaburan dan perdagangan bebas. Pelaburan di rantau ASEAN adalah terjamin dan dilindungi.

Pemahaman belia terhadap Komuniti ASEAN ini adalah penting untuk meletakkan belia Malaysia seiring dengan belia di peringkat rantau dan antarabangsa. Pemahaman yang baik akan melahirkan belia yang komited menyumbang kepada pembangunan negara dan serantau.

Objektif Forum adalah sebagai medium penerangan dan perkongsian bagi mengenalpasti peranan, cabaran dan peluang belia di peringkat rantau dan antarabangsa rentetan pembentukan Komuniti ASEAN menjelang tahun 2015. Golongan sasaran ialah belia berpersatuan dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Sekaligus Forum ini menjadi salah satu persedian belia ke arah merealisasikan agenda serantau ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »