MAJLIS BELIA MALAYSIA

500 Belia India Raih Peluang Emas TVET Malaysia-China

KUALA LUMPUR 4 Sep – Minggu lalu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) hadir sama merai dan menyaksikan seramai 500 orang belia India menyertai Program Latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Belia Malaysia-China (MCYTT), hasil kerjasama dengan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) di Pusat Belia Antarabangsa.

Program anjuran Belia Mahir, MITRA, Institut Malaysia-China, Tang Chinese Education dan Tang International Education ini dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara menegaskan TVET merupakan agenda nasional yang tidak membezakan latar belakang atau pencapaian akademik pelatih, demi melahirkan tenaga kerja mahir yang diperlukan negara.

Dalam majlis sama, seramai 175 orang belia diraikan selepas mereka menamatkan latihan intensif di institusi TVET terkemuka di China. Kesemua mereka telah menerima sijil pengiktirafan masing-masing sebagai bukti kejayaan dan komitmen dalam bidang berteknologi tinggi. Latihan yang dijalani meliputi bidang Mechatronic, Robotic, Industrial Automation, Digital Marketing, Automotive Electric Vehicle (EV), Computer Networking, dan Logistic – kesemuanya bidang strategik yang menjadi tunjang perkembangan ekonomi digital, automasi dan teknologi hijau dunia masa kini.

Badan Gabungan MBM, Majlis Belia India Malaysia (MIYC) turut terlibat dalam program ini sebagai guru pengiring peserta-peserta ini selama berada di China.

Tahniah kepada semua belia-belia yang terpilih!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »