Tetamu Radio Bernama kupas isu Pakej PEMERKASA+

KUALA LUMPUR 1 Jun – Sdri. Nurliana Mohamad, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) merangkap Timbalan Pengerusi Biro Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan telah memenuhi jemputan Radio BERNAMA untuk memberi pandangan mengenai inisiatif kerajaan berhubung Pakej PEMERKASA+ seperti yang diumumkan YAB Perdana Menteri dan impak kepada rakyat khususnya golongan belia.
Festival Bahasa Sastera sempena Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat NGO

KUALA LUMPUR 1 – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan mesyuarat bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkaitan kerjasama penganjuran Festival Bahasa Sastera sempena dengan sambutan Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Pertubuhan Bukan Kerajaan. MBM diwakili oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agungnya dan DBP diwakili oleh Hajah Asmiah Ajamain, Ketua Bahagian Peristilahan dan Leksikologi. Program […]
“Kita Jaga Kita” bantu belia B40

CYBERJAYA 1 Jun – Pandemik Covid-19 telah menjejaskan ekonomi di seluruh dunia. Walaupun program vaksinasi sedang dijalankan, golongan belia harus bersedia untuk mencipta peluang ekonomi cara baru khususnya melalui platform-platform digital berteraskan kemahiran berkaitan industri kreatif. Sejajar dengan visi Kerajaan Malaysia merealisasikan Wawasan Kesejahteraan Bersama 2030, Yayasan KRU melancarkan program “Kita Jaga Kita”. “Kita Jaga […]