Mesyuarat mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan

PUTRAJAYA 20 April – Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai mesyuarat bersama pihak CITF dan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri (NADMA) Mesyuarat membincangkan mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. MBM dalam perancangan akan menggerakkan relawan bagi tujuan mempromosikan kesedaran mendapatkan vaksin kepada para belia di akar umbi.
Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Program Perantisan Nasional (SPN)

PUTRAJAYA 20 April – Puan Nurliana Muhammad, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Program Perantisan Nasional (SPN) yang dipengerusikan Dato’ Azman Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan. Mesyuarat membincangkan kemaskini perkembangan Skim Perantisan Nasional bagi memastikan para belia mendapat skim latihan pekerjaan. Turut hadir anggota jawantankuasa melibatkan agensi Kerajaan seperti […]
Mesyuarat Kemajuan Program Felo NGO dan Promosi Skim Perantisan Nasional

PUTRAJAYA 20 April – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha dan Puan Nurliana Muhammad, Exco MBM telah menghadiri Mesyuarat Kemajuan Program Felo NGO dan Promosi Skim Perantisan Nasional (SPN) yang dipengerusikan oleh Dato’ Dr. Wasitah Yusof, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara bertempat di Kementerian Belia dan Sukan. Felo NGO memberikan peluang […]