MAJLIS BELIA MALAYSIA

Perbincangan kerjasama di antara MBM dan Arkib Negara

KUALA LUMPUR 7 Oktober – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah menghadiri perbincangan bersama Encik Afham dan pegawai Arkib Negara Malaysia bertempat di Arkib Negara Jalan Duta. Antara perkara dibincangkan adalah mengenai program jalinan kerjasama yang akan diadakan nanti.

Perbincangan MBM bersama anak muda sektor hartanah

KUALA LUMPUR 7 Oktober – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan pertemuan dan perbincangan kerjasama bersama kelompok anak muda yang terlibat dalam sektor hartanah (Prototal Consultation) bagi melatih anak muda terlibat dalam sektor ini. Ini merupakan usaha berterusan MBM dalam menangani isu pengangguran dan kemelesetan ekonomi anak muda dengan melatih mereka dengan kemahiran spesifik untuk […]

BENGKEL PANEL PAKAR UNTUK MEMBANGUNKAN MODEL DOMAIN POTENSI DIRI BERDASARKAN INDEKS BELIA MALAYSIA

KUALA LUMPUR 17 Okt – Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah mengadakan Bengkel Panel Pakar untuk Pembangunan Model Domain Potensi Diri berdasarkan Indeks Belia Malaysia. Bengkel yang pada awalnya dirancang untuk diadakan secara fizikal terpaksa dipindahkan ke alam maya melalui applikasi Zoom disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di kawasan Lembah Klang. Bengkel ini disertai oleh […]

Translate »