MAJLIS BELIA MALAYSIA

#KINDNESSMONTHBYJUNIORMBM – JULAI

RAWANG 9 Julai – Serahan kad penghargaan kepada Cikgu Rosida sempena #kindnessmonthbyjuniormbm yang dijalankan oleh Ketua Junior MBM, Sdr. Azman bersama rakan-rakannya di SMK Taman Desa, Rawang. Terima Kasih Cikgu!

MPBN DAN PARLIMEN BELIA: SEBAHAGIAN PLATFORM DALAM MENGANGKAT SUARA BELIA

“Parlimen Digital” telah mengundang kontroversi dan perdebatan umum baru-baru ini. Ia adalah satu inisiatif yang menghimpunkan seramai 222 orang belia selama dua hari bagi mendebatkan, membincangkan dan meluluskan rang undang-undang atau dasar melalui satu platform khas. Ia bertujuan untuk memberi ruang dan saluran kepada anak muda menyuarakan pendapat dan menyatakan perspektif mereka mengenai dasar-dasar yang […]

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM KHAS KURSUS PENTADBIRAN DAN KEPIMPINAN ALUMNI MFLS

PUTRAJAYA 9 Julai – Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin Felo Penyelidik Pejabat Presiden MBM telah menghadiri mesyuarat penyelarasan Program Khas Kursus Pentadbiran dan Kepimpinan Alumni Malaysia Future Leaders School (MFLS) di Menara KBS. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Abu Zarin Abu Hasan, Penolong Pengarah Kanan Kluster […]

MBM TAWAR DIRI SEBAGAI PEMUDAHCARA TANGANI ISU PARLIMEN DIGITAL

KUALA LUMPUR, 9 Julai — Majlis Belia Malaysia (MBM) menawarkan diri sebagai pemudahcara dalam menangani isu membabitkan Parlimen Digital, sebuah platform bagi mengumpulkan aspirasi belia yang telah mengundang kontroversi dan perdebatan umum, baru-baru ini. Naib Presiden MBMs Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz berpandangan pihak berkuasa harus menangani secara berhemah isu berkenaan kerana, menjadi fitrah anak muda untuk berekspresi dan melontarkan […]

Translate »