MESYUARAT PENYELARASAN BERSAMA DATUK AZMAN TAIB, TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

PUTRAJAYA 24 Februari – Disebalik suasana politik yang tidak menentu ketika ini, Majlis Belia Malaysia (MBM) terus fokus bekerja seperti biasa bagi membangunkan belia dan pertubuhan belia. Kepemimpinan MBM telah mengadakan pertemuan dan mesyuarat penyelarasan bersama Datuk Azman Taib, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
MBM GESA KEMELUT POLITIK NEGARA DISELESAIKAN SEGERA

Majlis Belia Malaysia (MBM) menyatakan rasa bimbang dengan keadaan politik semasa yang tidak stabil dan memohon rakyat bertenang sambil menggesa pimpinan politik segera menyelesaikan ketidaktentuan ini. MBM amat yakin Yang di-Pertuan Agong akan memainkan peranan yang amat penting, bijak dan saksama untuk menstabilkan keadaan. MBM menegaskan aspirasi belia dan rakyat terbawah agar pimpinan negara memfokuskan […]