Persidangan Setiausaha-Setiausaha Badan Gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) Kali Ke – 4

Kuala Lumpur 18 Januari – Persidangan Setiausaha-Setiausaha Badan Gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) Kali Ke – 4 yang berlangsung dari pukul 9.30 pagi hingga 1.00 petang di Bilik Mesyuarat Aras 4, Menara KBS Putrajaya yang dipengerusikan oleh Sdr. Ahmad Saparudin Yusup Setiausaha Agung MBM. Persidangan ini dihadiri seramai 22 orang.
Bertindak dakwa pihak terlibat

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Pihak berkuasa digesa menyiasat dan mendakwa individu yang terbabit menganugerahkan atau menggunakan gelaran, darjah dan pingat palsu yang boleh menjejaskan nama baik institusi diraja. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaluddin berkata, polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) perlu bekerjasama dalam mengekang kegiatan tidak sihat itu. […]