MAJLIS BELIA MALAYSIA

137 Sukarelawan sertai Persidangan Sukarelawan Belia Siswa Kebangsaan buat kali pertama

DENGKIL 7 Disember – Berakhir sudah Persidangan Sukarelawan Belia Siswa Kebangsaan 2024 yang berlangsung di Paya Indah Wetland, Dengkil.

Hadir merasmikan penutup program, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.

“MBM akan memastikan agar persidangan ini bukan yang terakhir. Kita juga bercadang untuk mengemukakan kepada kerajaan agar Hari Kesukarelawanan disambut diperingkat Kebangsaan”, ujar beliau.

Presiden MBM juga menerima Resolusi hasil persidangan ini untuk dibawa ke peringkat Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) akan datang dengan matlamat memperkasa kesukarelawanan.

Program ini dianjurkan oleh MBM dengan kerjasama KBSMalaysia melalui Rakan Muda dan dikendalikan oleh GPMS di bawah Sdr. Firdaus Baharuddin.

Seramai 137 orang ahli persidangan terdiri daripada kepimpinan belia di bawah gabungan MBM dan mahasiswa institusi pendidikan tinggi awam seluruh negara. Turut sama hadir Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun; Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung – Rasmi, Sdr. Muhd Fazreen Ismadi; Exco MBM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesukarelaan dan Belia Mahir, Sdr. Ibnu Isa; Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi; Sdr. Jessy Ng danTimbalan Pengerusi Jawatankuasa Antarabangsa MBM, Sdr. Dhanesh Basil.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »