MAJLIS BELIA MALAYSIA

11 RESOLUSI TURUNKAN HAD UMUR BELIA DIBAWA KE JEMAAH MENTERI

KUALA LUMPUR 26 September – Sebanyak 11 resolusi yang bertujuan menurunkan had umur dalam takrif belia diangkat bagi memastikan pembangunan belia selaras dengan Dasar Belia Malaysia. Perkara itu dicapai menerusi Persidangan Meja Bulat Belia (RTD) yang diadakan di Pusat Belia Antarabangsa (IYC).

Perkongsian ilmu yang melibatkan pakar pembangunan belia dan golongan belia membincangkan perkara-perkara berkaitan pindaan had umur yang kemudian akan dibawa ke jemaah menteri sebelum dibentang di Dewan Rakyat.

Resolusi berkenaan bertujuan memastikan pembangunan belia selaras dengan Dasar Belia Malaysia (DBM) serta seiring dengan dasar sedia ada kerajaan dalam memperkukuhkan peranan dan tanggungjawab belia di negara ini.

RTD ini melibatkan penyertaan daripada agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat, GLC, GIC, Majlis Belia Malaysia (MBM), pertubuhan-pertubuhan belia, majlis perwakilan pelajar, penggerak persatuan pelajar (IPT), Ahli Parlimen Belia, Felo Perdana dan media.

MBM diwakili Exconya, Sdr. Mohd Fared Mohd Khalid dan Sdri. Nur Liana Muhamad.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »