MAJLIS BELIA MALAYSIA

10 belia sertai International Youth Cultural Festival (IYCF)

Siem Reap, 17 April 2015 – Majlis Belia Malaysia telah menghantar 10 belia dari pelbagai latar belakang bagi menyertai program International Youth Cultural Festival (IYCF), Kemboja pada 12 hingga 17 April 2015. Program ini disertai oleh 16 negara termasuk negara-negara ASEAN.

Majlis Makan Malam Perasmian IYCF bersama H.E Dr. Hang Chuon Naron, Menteri Pendidikan, Belia Dan Sukan Kemboja dan H.E. Hun Many, Presiden Union of Youth Federation of Cambodia (UYFC), presiden Majlis Belia Malaysia, Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaludin turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini. Peserta Malaysia Pervinder Singh A/L Jagdav Singh telah dipilih bagi menyampaikan ucapan bagi mewakili kesemua peserta IYCF pada acara tersebut. Selain itu, acara menukar hadiah dari setiap Negara kepada Negara kemboja dan Malaysia di wakili oleh Sdr Rasman Abu Jarin selaku ketua deligasi IYCF Malaysia dan di akhiri dengan seterusnya sesi bergambar.

Antara program yang telah berlangsung adalah Pameran Kebudayaan yang bertempat di Angkor Wat, Siem Reap. Peserta menghias tapak pameran Malaysia dengan kreativiti sendiri dan mempamerkan makanan Malaysia, alatan serta permainan tradisional dan tempat-tempat pelancongan menarik di Malaysia. Selain itu, peserta turut menari tarian tradisional seperti zapin bagi menarik minat para pengunjung. Lawatan turut dikunjungi oleh Timbalan Perdana Menteri, H.E. Sok An, H.E. Touch Choeurn serta Presiden Union of Youth Federation of Cambodia (UYFC), H.E. Hun Many.

Seterusnya

Persembahan Kebudayaan telah berlangsung dengan gilang gemilang yang bertempat di Terrace of the Elephants, Angkor Thom dan bersiaran langsung di Bayon TV, Kemboja. Peserta membuat persembahan tradisional Malaysia seperti Tarian Zapin, Tarian india, Tarian Sewang (Orang Asli) dan Tarian Kipas (Cina) dalam masa 5 minit. Persembahan tersebut diberi nama ‘Colour of Malaysia’.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »