MAJLIS BELIA MALAYSIA

Memperkasakan Usahawan Belia B𝟰𝟬 dan Asnaf

Kuala Lumpur | 29 September – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah mengadakan pertemuan kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi membincangkan bentuk kerjasama dalam memperkasakan usahawan belia terutamanya yang berstatus B40 dan asnaf. Beberapa program di bawah YaPEIM seperti Pemerkasaan Usahawan Melalui Pensijilan Halal, Program MyGrocer yang menyasarkan belia di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dan Program Usahawan Kelompok yang dirangka untuk golongan B40 dan asnaf.

MBM merasakan program-program yang sedia ada di bawah YaPEIM adalah sangat baik dan sepatutnya dikongsikan dan diperluaskan peluang yang ada ini kepada semua masyarakat terutama golongan belia.

MBM menerima kunjungan daripada YaPEIM yang diketuai oleh Encik Rosman Mohd, Ketua Unit Pengkormesilan dan Inovasi YaPEIM bersama kumpulannyan Puan Nurul dan Puan Izzatie telah disambut oleh Datuk Syed Osman Mohamed, Naib Presiden MBM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan MBM (MFREN).

MBM berbersar hati menerima kunjungan ini dan akan mengambil peluang ini dalam memastikan usahawan terutama golongan belia dapat diperkasakan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »