MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Perasmian Sekolah Politik 2.0

Pada 6 Mac 2021 lalu telah diadakan Progran Sekolah Politik 2.0. Program ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal. Dalam ucapan perasmiannya yang diadakan secara atas talian, beliau menekankan betapa pentingnya Sekolah Politik dan institusi-institusi seumpamanya untuk meningkatkan minat, kesedaran dan partisipasi rakyat khususnya anak muda dalam proses-proses kenegaraan dan kemasyarakatan. Ini termasuklah politik itu sendiri, sama ada bersifat kepartian ataupun tidak.

Sesi Sekolah Politik 2.0 kemudiannya diteruskan dengan sesi pembentangan bertajuk Negara dan Negara Bangsa oleh ahli panel, Sdr. Akmal Hisham daripada Institute for Political Reform and Democracy (REFORM). Dalam pembentangannya, beliau menerangkan tentang konsep negara bangsa, nasionalisme, isu-isu sensitif sesebuah negara dan juga mengenai kesan teknologi terhadap ekosistem politik global.

Sesi ini diadakan secara atas talian melalui platform Zoom Meeting dan disertai 400 orang peserta daripada pelbagai latar belakang bangsa, fahaman politik dan organisasi.

Turut sama di dalam sesi perasmian adalah Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha, Naib Presiden MBM, Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid dan Timbalan Pengerusi UMcedel, Dr. Amer Saifude Ghazali.

Program ini mendapat kerjasama daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihanraya Universiti Malaya (UMcedel) serta disokong oleh REFORM, Darul Naim Institute (DNI) dan Sinar.

Mungkin imej 2 orang, skrin dan dalam
Mungkin imej 2 orang dan orang duduk
Mungkin imej 1 orang dan berdiri
Mungkin imej 2 orang dan teks yang berkata 'Choco (CONLAT KI R Sa fude ISINI @011-14773567 muhammad farhan bin mohd pilus WAF Mohammad Fazley Maula Moha...'
Mungkin imej skrin dan dalam
Mungkin imej 1 orang
Mungkin imej 1 orang

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »