MAJLIS BELIA MALAYSIA

MPBN saluran Belia utarakan idea

KUALA LUMPUR, 17 NOVEMBER 2014 – “ Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) adalah satu platform yang tepat kepada belia untuk menyuarakan pandangan bagi meningkatkan pembangunan belia dalam aspek kehidupan”. Demikian diucapkan Menteri Belia dan Sukan, Encik Khairy Jamaluddin sewaktu menyampaikan ucaptama sempena MPBN Sidang ke-5 Penggal Ke-29 Tahun 2013-2014 di Dewan Kompo , Pusat Belia Antarabangsa (IYC)., Cheras dekat sini hari ini.

“ Bertepatan dengan suasana akhir tahun bagi 2014, persidangan ini merupakan landasan yang sempurna bagi Ahli-ahli Majlis untuk membahaskan isu dan usul yang berkaitan dengan pembangunan Belia”, tambah beliau.

“ Pendekatan “ Meremajakan Kepimpinan Negara ” juga menjadi inti pati perbahasan pada MPBN pada kali ini. Had usia umur takrifan Belia akan diturunkan kepada 15 hingga 30 tahun menjelang tahun 2018 yang mana sebelum ini telah dipersetujui pada tahun 2020” katanya.

Survivor pertubuhan belia juga menjadi agenda yang perlu dititikberatkan di mana terdapat pertubuhan belia yang seakan-seakan hidup segan mati tak mahu kerana tidak mampu menjalankan sebarang program atau hanya menunggu peruntukan kerajaan semata-mata untuk menjalankan program.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamad Maliki Mohd Rapiee menyatakan bahawa fungsi dan peranan pertubuhan belia telah jelas sebagai ajen pembangunan dan perpaduan rakyat.

MPBN kali ini sangat bermakna kerana merupakan penggal terakhir bagi Presiden yang bakal berakhir pada penghujung tahun ini.

Hadir sama di majlis ini, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Jamil Salleh serta Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Datuk Hajah Hatipah Ibrahim.

Oleh : Khalid Khairuddin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)
khalid@kbs.gov.my
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
razali_m@kbs.gov.my

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »