MAJLIS BELIA MALAYSIA

Program Rakan Prihatin Bakti Belia MADANI Selangor 2026 Sasar Pengukuhan Komuniti FELDA

HULU SELANGOR 21 JUN – 2026 Program Rakan Prihatin: Bakti Belia MADANI 2026 Peringkat Negeri Selangor telah dirasmikan dengan penuh semangat di FELDA Soeharto, Hulu Selangor.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohd Izzat Afifi Hj. Abdul Hamid yang turut menyampaikan amanat mengenai peranan penting belia sebagai ejen perubahan dalam memperkukuh pembangunan komuniti dan kesejahteraan masyarakat.

Program yang menghimpunkan seramai 40 belia dan beliawanis sukarelawan di bawah Majlis Belia Negeri Selangor ini menjadi platform memperkukuh semangat kesukarelawanan, kepimpinan serta penglibatan aktif belia dalam agenda pembangunan negara.

Majlis turut berlangsung dalam suasana meriah dengan kehadiran pemimpin belia, wakil komuniti serta penduduk setempat yang bersama-sama menjayakan program berteraskan semangat MADANI.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »